Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan
untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan
buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan
penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2]
Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden
dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar
semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik.
Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan
buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman –
biasanya tidak dianggap kitar semula.[2]
Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan
atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula
menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan
bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat
terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau
polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal
(berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah
atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar
semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan
lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi
dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong
kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami
pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan
tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan
(dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan;
juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran
merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan
industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti
pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan
menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan
semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada
pertikaian yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment